1979

 
Rencana ini adalah berkenaan dengan tahun 1979. Bagi kegunaan lain, sila lihat 1979 (nombor).


1979 merupakan tahun biasa yang bermula pada hari Isnin. Ia berlangsung dari 1 Safar 1399 hingga 11 Safar 1400.

Tarikh tepat tidak pasti

  • Mikropemproses 8088 diperkenalkan oleh Intel.
  • Mikropemproses yang terdiri daripada bas 16 digit dengan kelajuan 4.77 Mhz dicipta oleh IBM.
  • Komputer peribadi TI-99/4 dilancarkan oleh Texas Instrument pada harga AS$1500.
  • Pencetak Apple Silentype diperkenalkan oleh Apple pada harga AS$600.
  • Komputer peribadi Atari 400 dan Atari 800 dipasarkan oleh Atari pada harga AS$550 dan AS$1000.
  • Mikrokomputer PC 8001 dilancarkan oleh NEC di Jepun.
  • Sistem komputer Alto diperkenalkan oleh Xerox.
  • Bahasa pengaturcaraan Ada diterbitkan dan dinamai sempena Ada Lovelace, pengaturcara pertama di dunia.
  • Perisian hamparan helaian VisiCalc diperkenalkan di Pesta Komputer Pantai Barat ke-4.
  • Perisian WordStar yang dihasilkan oleh Rob Barnaby dilancarkan oleh MicroPro.
  • Bahasa perhimpunan Assembler untuk mikropemproses 8080/Z80 dilancarkan oleh Microsoft.
  • Atur cara pangkalan data Vulcan yang kemudiannya diberi nama dBASE II dihasilkan oleh Wayne Ratlif.
  • Permainan komputer Space Invader diperkenalkan oleh Taito di Jepun.
  • Compuserve mula memperkenalkan perkhidmatan MicroNET yang menyediakan perkhidmatan papan buletin, pangkalan data dan permainan video.
  • Pertunjukan Comdex yang pertama diadakan di Las Vegas.
Siti Nurhaliza
Rosamund Pike

Other Languages

Copyright