Kemalangan bas Bulgaria 2021

Kemalangan bas Bulgaria 2021
Tarikh 23 November 2021
Masa 02:00 (UTC+2)
Lokasi Berdekatan Bosnek, Wilayah Pernik, Bulgaria
Koordinat 42°29′27″N 23°07′53″E / 42.49083°N 23.13139°E / 42.49083; 23.13139Koordinat: 42°29′27″N 23°07′53″E / 42.49083°N 23.13139°E / 42.49083; 23.13139
Kematian 46
Kecederaan 7

Kemalangan bas Bulgaria 2021 merupakan kejadian kemalangan pada 23 November 2021. Pada jam 02:00 waktu tempatan, sebuah bas Macedonia Utara kemalangan dan terbakar di barat Bulgaria.[1] Kemalangan itu berlaku di lebuh raya Struma berhampiran kampung Bosnek, barat daya Sofia.[2] Lima puluh penumpang dan dua pemandu berada di dalam bas.[3] Empat puluh enam orang maut dalam kemalangan itu, termasuk dua belas kanak-kanak. Tujuh penumpang lain mengalami luka kebakaran tetapi terselamat, namun seorang kemudian meninggal dunia.[4][5][6] Ia kini merupakan kemalangan jalan raya paling dahsyat dalam sejarah Bulgaria, dan telah dirujuk sebagai kemalangan bas paling dahsyat di Eropah dalam satu dekad.[7][8]

Dolna Dikanya ke bahagian Dragichevo dari Lebuhraya Struma ditutup sementara berikutan kejadian itu.[4]

Menurut data Suruhanjaya Eropah, pada 2019 Bulgaria mempunyai kadar kematian jalan raya kedua tertinggi di EU. Selepas kemalangan itu, Datuk Bandar di bandar-bandar yang berdekatan dengan Pernik memberitahu stesen media tempatan bahawa status lebuh raya berada dalam keadaan yang buruk dan kemalangan sering berlaku di kawasan itu.[9][4]

Diambik pada 7 April 2009
Satu bahagian dari Lebuhraya Struma. Tapak kemalangan berada di dasar bukit teres yang paling jauh

Sebuah bas yang membawa pelancong Macedonia kembali ke ibu kota Skopje dari perjalanan percutian hujung minggu ke Istanbul, yang didaftarkan di bawah agensi pelancongan "Besa Trans",[10] terbabas di sebuah lebuh raya berhampiran kampung Bosnek di Bulgaria sekitar jam 02:00 waktu tempatan.[11] Kenderaan itu merempuh penghadang lebuh raya sama ada sebelum atau selepas ia terbakar.[4] Seorang penumpang kemudian memberitahu pemberita bahawa dia sedang tidur dan dikejutkan dengan letupan.[12] Empat puluh enam orang maut semasa kemalangan itu, termasuk dua belas kanak-kanak. Majoriti mangsa lain berusia antara 20 dan 30 tahun.

Menteri Dalam Negeri Bulgaria Boyko Rashkov Boyko Rashkov [bg] menyatakan bahawa badan-badan mangsa "terbakar sepenuhnya".[5] Tujuh penumpang (lima lelaki dan dua wanita) berjaya melarikan diri melalui tingkap dengan luka terbakar yang serius, dan dimasukkan ke hospital dalam keadaan kritikal.[4] Teori awal di sekitar punca kejadian termasuk kesilapan pemandu dan kerosakan teknikal.[4] Majoriti mangsa ialah orang Macedonia etnik Albania.[13][14][15]

Perdana Menteri Sementara Bulgaria, Stefan Yanev menyifatkan kemalangan itu sebagai tragedi, berkata "Mari berharap kita belajar akan dari kejadian tragik ini dan kita dapat menghalang kejadian seperti itu di masa depan." Pemerintah mengisytiharkan Rabu sebagai hari berkabung kebangsaan untuk kedua-dua mangsa kemalangan dan untuk kematian dari kebakaran di rumah penjagaan di Royak yang berlaku sebelumnya. Ramai ahli politik dari pelbagai negara menyatakan kesedihan mereka akan kehilangan nyawa dalam kejadian itu.[16][17]

Pemerintah Macedonia mengisytiharkan tiga hari kebangsaan berkabung berikutan kejadian kemalangan bas.[18]

  1. ^ "Sekurang-kurangnya 45 maut bas terbakar di Bulgaria". AFP. Harian Metro. 23 November 2021. Dicapai pada 25 November 2021.
  2. ^ "Bus crash in Bulgaria kills 45 Macedonian tourists". NBC News (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 23 November 2021. Dicapai pada 23 November 2021.
  3. ^ Albeck-Ripka, Livia (23 November 2021). "Bulgaria Bus Crash Kills at Least 45". The New York Times (dalam bahasa Inggeris). ISSN 0362-4331. Diarkibkan daripada yang asal pada 23 November 2021. Dicapai pada 23 November 2021.
  4. ^ a b c d e f "Bulgaria bus crash: Children among at least 45 killed". BBC News (dalam bahasa Inggeris). 23 November 2021. Diarkibkan daripada yang asal pada 23 November 2021. Dicapai pada 23 November 2021.
  5. ^ a b Anonym. "The number of victims of road traffic accidents in Bulgaria rises to 46 | tellerreport.com". tellerreport.com (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 23 November 2021. Dicapai pada 23 November 2021.
  6. ^ "Children among dozens killed in Bulgaria bus crash". BBC News (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 23 November 2021. Dicapai pada 23 November 2021.
  7. ^ Tsolova, Tsvetelia; Sekularac, Ivana (23 November 2021). "Bus carrying North Macedonian tourists crashes in flames in Bulgaria, killing 45". Reuters (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 23 November 2021. Dicapai pada 23 November 2021.
  8. ^ "Flaming bus crash in Bulgaria kills 46, mostly North Macedonian tourists". CNBC (dalam bahasa Inggeris). 23 November 2021. Diarkibkan daripada yang asal pada 23 November 2021. Dicapai pada 23 November 2021.
  9. ^ "Bus crashes, catches fire in Bulgaria; at least 45 dead". AP NEWS (dalam bahasa Inggeris). 23 November 2021. Diarkibkan daripada yang asal pada 23 November 2021. Dicapai pada 23 November 2021.
  10. ^ "Fire guts bus carrying young people in Bulgaria, killing at least 45". www.msn.com (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 23 November 2021. Dicapai pada 23 November 2021.
  11. ^ "Flaming bus crash in Bulgaria kills 46, mostly North Macedonian tourists". CNBC (dalam bahasa Inggeris). 23 November 2021. Diarkibkan daripada yang asal pada 23 November 2021. Dicapai pada 23 November 2021.
  12. ^ "Bus crash in Bulgaria kills at least 45 people". Associated Press (dalam bahasa Inggeris). 2021-11-23. Dicapai pada 24 November 2021.
  13. ^ "Bulgaria bus crash: Children among at least 46 killed". BBC (dalam bahasa Inggeris). 23 November 2021. Diarkibkan daripada yang asal pada 23 November 2021. Dicapai pada 23 November 2021.
  14. ^ "At least 45 people killed in bus accident in Bulgaria". www.aljazeera.com (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 23 November 2021. Dicapai pada 23 November 2021.
  15. ^ "Откриен идентитетот на патниците во автобуската несреќа во Бугарија" (dalam bahasa Macedonia). 23 November 2021. Diarkibkan daripada yang asal pada 23 November 2021. Dicapai pada 23 November 2021.
  16. ^ Reuters, Radina Gigova, CNN and. "12 children among 45 people killed in Bulgaria bus fire". CNN (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 23 November 2021.
  17. ^ Tsolova, Tsvetelia; Sekularac, Ivana (23 November 2021). "Bus carrying North Macedonian tourists crashes in flames in Bulgaria, killing 45". Reuters (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 24 November 2021.
  18. ^ "N. Macedonia declares 3 days of mourning after accident that took lives of 46". Euronews Albania (dalam bahasa Inggeris). 23 November 2021. Dicapai pada 24 November 2021.

Copyright