Pembunuhan Özgecan Aslan

Özgecan Aslan
Fail:Ozgecan Aslan.jpg
Kelahiran (1995-10-22)22 Oktober 1995
Mersin, Turki
Meninggal dunia 11 Februari 2015(2015-02-11) (umur 19)
Dekat Tarsus, Turki
Sebab kematian Ditikam dan dibelasah
Mayat dijumpai Dekat Çamalan, Tarsus, Turki
Dikebumikan Tarsus, Turki
Pekerjaan Mahasiswi
Terkenal kerana Mangsa pembunuhan dan percubaan rogol

Özgecan Aslan (22 Oktober 1995 – 11 Februari 2015) ialah seorang mahasiswi Turki yang dibunuh kerana menolak percubaan merogol pada 11 Februari 2015 di sebuah bas mini di Mersin. Jenazahnya ditemui pada 13 Februari. Pembunuhan ini disyaki dilakukan oleh pemandu bas mini dan dua kaki tangannya.

Pembunuhan itu mencetuskan kemarahan kebangsaan dan mencetuskan bantahan di seluruh negeri pada hari-hari berikutnya. Ribuan penunjuk perasaan turun ke jalanraya di beberapa wilayah, mengkritik kerajaan kerana "tindak balas yang tidak cukup tanggap" dan jangkaan adanya kebiasaan rogol terhadap perempuan bukan konservatif. Bantahan ini dianggap sebagai gerakan pertama bagi perempuan di Turki.[1] Peristiwa ini juga menyebabkan munculnya laungan reformasi untuk memerangi keganasan terhadap wanita dengan lebih efektif. Kes ini mendapat perhatian besar di media sosial dan menggalakkan perempuan untuk berkongsi pengalaman terhadap gangguan yang mereka alami. Bantahan besar-besaran yang berlaku pada hari Isnin, 16 Februari, menyebabkan hari tersebut diisytiharkan dengan "Black Monday". Pembunuhan tersebut digambarkan sebagai solidariti bagi wanita untuk bercakap mengenai penderitaan panjang yang mereka alami [2] dan secara bersamaan dianggap memecah belah sekali gus menyatukan bangsa Turki.

  1. ^ "Özgecan'ın evine abluka" (dalam bahasa Turkish). Cumhuriyet. Dicapai 21 February 2015. 
  2. ^ Şafak, Elif. "After years of silence, Turkey's women are going into battle against oppression". The Guardian. Dicapai 18 February 2015. 

Ralat petik: Tag <ref> dengan nama "radikal" yang ditentukan dalam <references> tidak digunakan dalam teks sebelumnya.
Ralat petik: Tag <ref> dengan nama "latimes" yang ditentukan dalam <references> tidak digunakan dalam teks sebelumnya.

Ralat petik: Tag <ref> dengan nama "bbc" yang ditentukan dalam <references> tidak digunakan dalam teks sebelumnya.