Talian penghantaran

Talian penghantaran ialah sebuah sistem pengkonduksi logam yang digunakan untuk memindahkan tenaga elektrik dari satu titik ke titik yang lain menggunakan aliran arus elektrik. Lebih tepat lagi, talian penghantaran merupakan dua atau lebih pengalir elektrik yang dipisahkan oleh dielektrik.

Secara am, talian penghantaran boleh dikelaskan sebagai seimbang atau tak seimbang. Sebuah talian penghantaran seimbang boleh dihubungkan dengan talian penghantaran tak seimbang menggunakan sebuah alat yang dipanggil balun.

Talian penghantaran seimbang

Talian ini terdiri daripada dua wayar seimbang dengan kedua-duanya membawa arus. Namun salah satu daripadanya membawa isyarat manakala yang satu lagi merupakan laluan pulang balik.

Talian penghantaran tak seimbang

Jenis talian penghantaran ini juga dipanggil sebagai hujung tunggal. Dengan talian penghantaran ini, salah satu wayar adalah pada keupayaan bumi manakala yang satu lagi pada keupayaan isyarat. Wayar bumi juga boleh dijadikan rujukan bagi wayar pembawa-isyarat yang lain.